Sistem Buat Akaun - Semudah Isi Petak Kosong
Sistem Buat Akaun 
​​Semudah Isi Petak Kosong
  • Semudah Isi Petak Kosong
  • Video | Trial
  • Harga
  • Download & Install
  • Hubungi | Bantuan
  • Pengguna | Komen

MENGUKUR KECEKAPAN BISNES

8/5/2019

2 Comments

 
MENGUKUR KECEKAPAN BISNES
*****************************************
Selain laporan untung atau rugi owner bisnes juga perlu tahu kecekapan bisnes.Apabila kita ada bab pengukuran KECEKAPAN barulah kita tahu prestasi sebenar bisnes kita serta sejauh mana kejayaan kita menguruskan bisnes, tidaklah nanti hanya syok sendiri sahaja dengan angka-angka yang tinggi menawan sedangkan angka semata-mata bukanlah ukuran utama, sebaliknya apakah maksud disebalik angka-angka tersebut.Untuk tahu maksud di sebalik angka kita mesti ada alat untuk mengukurnya.
Kecekapan Operasi 
--------------------------
Ia mengukur sejauh mana kita berjaya membuat jualan serta membuat untung dari atas jualan tersebut. Lebih tinggi jualan manakala kos jualannya pula rendah bermaksud kita akan menghasilkan lebih banyak untung, lebih keuntungan menunjukkan kita lebih cekap, ya situasi ini sangat bagus, untung yang tinggi menunjukkan kita pandai serta cekap buat bisnes ( untung kasar tinggi = pandai buat duit ).
Kecekapan Pengurusan
--------------------------------
Pandai buat duit tidak semestinya kita cekap menguruskan bisnes. Ukuran ke 2 selepas pandai buat duit adalah mengukur kecekapan kita menguruskan bisnes. Jika kos menguruskan bisnes kita tinggi maka hasil untung kasar tadi akan mengecil. Hasil yang kecil ini menunjukkan kita belum pandai mengurus bisnes khususnya dari segi kos perbelanjaan bisnes. Sebaiknya @ sepatutnya kita boleh mengimbangi untung kasar vs untung bersih supaya perbezaannya tidak terlalu ketara ( imbalance ). Perbezaan yang ketara antara untung kasar vs untung bersih menunjukkan samada kita tidak peka ke atas perbelanjaan ( expenses ), tidak tahu item apakah yang menyebabkan expenses itu tinggi atau kita sebenarnya tidak tahu menahu langsung akan situasi tersebut ( boleh jadi sebab tak buat akaun, buat akaun setahun sekali @ buat tak kesah ) - yang mana satu ?
Kecekapan Tunai
-----------------------
Apabila kita cekap menguruskan operasi bisnes, pandai pula kita menguruskan bisnes maka untung bersih kita akan lebih tinggi, namun untung yang tinggi ini belum tentu membuatkan kita ada tunai yang tinggi juga. Boleh jadi untung kita tinggi sebab kita banyak menjual TAPI kita jual secara kredit. Ramai pula pembeli yang belum membayar belian mereka ( untung kita tinggi tapi duit belum dapat ) Boleh jadi juga kita ada tunai yang banyak TAPI ia bukan milik kita SEBAB ia milik pembekal ( kita beli secara hutang dan masih belum bayar lagi kepada pembekal )
SEMUA SITUASI ini wajib kita tahu supaya kita benar-benar menguasai serta sedang MENGAWAL bisnes kita, Bayangkan jika kita sedang memandu tapi steering kita tak pegang...siapakah yang sedang mengawal kereta kita ? agak-agak kemanakah kita dan kereta kita akan berakhir ?
SELAMAT MEMANDU, PANDULAH DENGAN CERMAT
GUNAKAN STEERING ( Ada steering ke tu ? )
Budayakan Pengurusan Kewangan Sihat - dRaccount
Picture
2 Comments

Data vs FAKTA

7/1/2019

0 Comments

 
BEZA antara DATA vs FAKTA 
=======================
Dari angka-angka yang bisnes ada tetapi jika ia tidak diproses maka angak-angka tersebut hanyalah data semata-mata. Data tidak memberi kesimpulan akan apakah realiti sebenar yang telah dan sedang berlaku di dalam perniagaan.
Data atau angka-angka tersebut sepatutnya di PROSES barulah akan terhasilnya FAKTA ! dari faktalah owner bisnes dapat tahu keadaan atau realiti sebenar yang sedang di alami oleh perniagaannya.
Dari fakta jugalah keputusan atau tindakan-tindakan 
dalam bisnes yang penting serta segera boleh dibuat, bisnes bukanlah macam makan gaji, statik dan boleh dijangka, bisnes adalah pergerakan hidup yang boleh berubah-ubah setiap hari. Strategi tahun lepas belum tentu berkesan untuk tahun ini, pencapaian lalu belum menjamin kejayaan sekarang, potensi cawangan A tidak sama dengan potensi cawangan B....
Sebagai pemilik perniagaan kita wajib ada data dan tahu REALITI ! Bisnes kita....kitalah yang membangun, mengukuh serta mempertahankannya.
Semua pemilik bisnes pasti mahu bisnesnya berdaya tahan serta boleh kekal hidup untuk jangka masa yang lebih panjang.
Adakah anda salah seorang daripada Pemilik Bisnes Tersebut ?

​
Picture
0 Comments

Masalah Kewangan

28/12/2018

1 Comment

 
​MASALAH KEWANGAN - Elakkan 2 Kesilapan Ini !
==================

Punca utama yang membawa kepada masalah kewangan adalah MASALAH DI DALAM MENGURUS KEWANGAN

Sama sahaja samada sebagai individu mahupun sebagai sebuah syarikat jika anda mengurus wang dengan cara yang salah, lama-kelamaan anda akan berhadapan dengan Masalah Kewangan.

01- Masalah kewangan TIDAK terjadi dengan tiba-tiba atau semalaman tapi ia berlaku akibat dari amalan-amalan yang sudah lama dilakukan secara berterusan, contohnya anda berbelanja tanpa merekod apa yang dibelanjakan, belanja pula tanpa mengira sumber duit yang dibelanjakan ( duit sendiri @ duit syarikat ), berbelanja kepada perkara yang bukan keutamaan khususnya untuk peribadi berbanding kepentingan untuk syarikat, BUKTINYA - ada anda peruntukkan bajet untuk meningkatkan kecekapan serta keberkesanan mengurus kewangan syarikat ?

Jika tidak ada sistem, ada anda upah juru akaun atau penasihat kewangan perniagaan untuk guide supaya anda serta bisnes tidak hanyut ?

02- Meletakkan keutamaan yang salah juga sangat membantu kepada munculnya masalah kewangan, contohnya apabila bisnes anda bagus anda BUKA cawangan baru dengan melabur kepada renovasi + dekorasi kedai yang cantik molek sedangkan tugas utama anda adalah sepatutnya mempromosikan kedai baru dengan efektif supaya anda tahu kesesuaian serta keupayaannya dahulu, jika ditakdirkan selepas 3 bulan bisnes tak OK dan terpaksa tutup kedai...BOLEH KE kos renovasi + dekorasi tu dituntut balik dari tuan kedai ?

Jika kita tidak mahu ada masalah kewangan, maka kita kenalah tahu teknik yang tepat serta betul mengurus kewangan, pasti ada kaedah atau alat yang memudahkan kita mengurus kewangan kan !

Nasihat PERCUMA dari - dRaccount.Com
1 Comment

Apa Beza Untung Kasar vs Untung Bersih

18/12/2018

4 Comments

 
​BEZA UNTUNG KASAR vs UNTUNG BERSIH
====================================
Untung kasar diperolehi apabila jualan di tolak kos jualan. Jualan yang lebih tinggi berbanding kos jualan akan menghasilkan untung kasar ( jika kos jualan lebih tinggi dari jualan pula, maka RUGI KASAR akan diperolehi )
Apakah maksudnya UNTUNG KASAR ini ?
Untung kasar yang diperolehi sebenarnya menunjukkan KECEKAPAN OPERASI perniagaan tersebut. Untung kasar yang tinggi biasanya di sebabkan oleh 2 keadaan ini
01- Jualan yang lebih tinggi - Dengan jualan yang lebih tinggi ini, ia menunjukkan pasukan jualan / bahagian jualan syarikat telah berfungsi dengan baik serta berkesan. Produk atau servis perniagaan mendapat permintaan / diterima dengan baik oleh pasaran / pelanggan. TAPI AWAS jangan mudah tertipu jika jualan yang tinggi HANYA disebabkan oleh HARGA jualan yang ditinggikan sedangkan UNIT jualan masih sama atau menurun.
02- KOS JUALAN RENDAH. Untung kasar lebih tinggi jika kos jualan khususnya Kos Langsung & Kos Tidak Langsung berjaya dikawal dan direndahkan. Dengan kos yang lebih rendah bermakna kadar untung kasar boleh meningkat kalaupun harga jualan masih sama.
Apa maksud UNTUNG BERSIH ?
Untung bersih diperolehi apabila Untung Kasar di tolak EXPENSES ( Perbelanjaan )
Untung bersih yang tinggi menunjukkan KECEKAPAN PENGURUSAN telah berlaku di dalam perniagaan.
Bagaimana kos expenses berjaya dikawal serta diuruskan memberi kesan kepada jumlah keseluruhan expenses. Kos expenses ini tidak berkadar langsung dengan tahap pengeluaran / penghasilan. Sebagai contoh kos gaji staf, sewa kedai / pejabat, utiliti dan sebagainya tidak bergantung kepada JUALAN . samada jualan naik atau turun kos expenses ini tetap sama ( Contohnya - sewa kedai / kilang RM3000 sebulan tetap tidak berubah walau jualan pada bulan tersebut hanya RM1 ).
Jika kita tahu apakah kos-kos di dalam expenses ini yang menyumbang % paling tinggi, kita tahu bagaimana mengawalnya, kita kreatif di dalam perbelanjaan, kita bijak menyusun atur TIMING atau nilai setiap expenses, ini memberi petunjuk jelas bahawa kita memang CEKAP MENGURUS perniagaan, BUKTINYA kos expenses kita rendah dan berada di dalam kawalan ( Under control ). Kesan akhirnya untung bersih perniagaan adalah tinggi.
MODEL BISNES ? 
Dengan untung bersih yang lebih tinggi ia juga boleh memberi maksud bahawa model bisnes yang kita buat / pilih adalah baik serta betul.
SOALANNYA ??
Bagaimana anda tahu data serta fakta ini ( Untung Kasar - Untung Bersih - Kos Jualan - Kos Expenses ) jika anda TAK BUAT AKAUN @ tak kesah bab kewangan ??
BISNES YANG TAHAN LAMA - Rahsianya ialah MENGURUS KEWANGAN ! Adakah kita mahu bisnes kita Tahan Lama ???
4 Comments

PROFIT IS NOT CASH

29/11/2018

0 Comments

 
PROFIT IS NOT CASH 
==================
Untung BUKAN bermaksud tunai, ia membawa erti apabila bisnes kita mendapat untung ( sebagaimana dimaklumkan oleh juru akaun / akauntan - setahun sekali tuh - kalau buat akaunlah ) kita semestinya seronok kan !
Namun untung yang ditunjukkan oleh akaun Untung Rugi tersebut tidak semestinya bersamaan dengan tunai, jangan hairan jika bisnes kita untung banyak TAPI DUIT SIKIT ! he...he kok kenaper eh ?
SEBAB Profit Is Not Cash. Boleh jadi bisnes untung disebabkan sales yang tinggi, logiknya apabila sales tinggi untung juga akan tinggi TAPI boleh jadi sales yang kita buat itu secara kredit ( secara hutang ) paling best hutang-hutang tersebut masih belum dibayar. Itulah antara sebab bisnes untung tinggi tapi duit TAK DER !
Macam mana kita boleh tahu akan perkara ini. First kenalah buat akaun, simpanlah data, rekodkan dan proses data tersebut.
TETAPI sekadar ada data tidak mencukupi, data tersebut perlu pula diproses barulah kita mendapat FAKTA. nak proses data inilah perlukan ALAT...isunya ialah alat yang mana satu. Tanpa alat amat sukar untuk memproses data.
Setakat buat Akaun Untung Rugi juga masih tidak mencukupi, kena buat juga CASH FLOW !. Alamak macam mana nak buat cash flow pula ! Senang jer gunakan alat, tak payah susah payah fikir macam mana nak buat cash flow tu. kalau tak nak guna alat pun boleh, buat sahaja secara manual ( insyaallah tak buat punya ).
Dari Cash Flow kita boleh tahu berapa duit sebenar yang kita berjaya hasilkan, tak adalah kita seronok sendiri melihat untung semata-mata. Dengan CASH inilah yang akan menentukan hidup mati bisnes. Kalau dah tahu sales tinggi, untung tinggi tapi duit tak der, nak kasi HUTANG lagikah ? Tentunya kita sudah boleh ambil tindakan seperti tuntut hutang, tak kasi hutang dah atau jual secara kredit dengan deposit jualan AT LEAST pada harga balik modal.
Kepada peniaga yang masih KETEGAQ tak mahu buat akaun / urus kewangan dengan cara proper anda tidaklah berdosa besar TETAPI tidak boleh TAHAN LAMA dalam bisnes ( Insyaallah bisnes anda akan mampu secara pelan-pelan lingkup )
JADI jika anda serius mahu berbisnes, berbisneslah dengan cara yang betul. Ramai usahawan yang menghadapi masalah kewangan bukan disebabkan oleh bisnes TAPI disebabkan oleh MASALAH MENGURUS KEWANGAN di dalam berbisnes. ( yang suffer sebab bisnes benar-benar tak OK pun ada juga - mungkin kena lihat balik Busines Model kot )
www.dRaccount.com 
0 Comments

MENGURUS KOS

11/11/2018

0 Comments

 
​MENGURUS KOS
==============
Untuk usahawan baru - Wajib diingat perancangan anda untuk bisnes tidak semestinya berlaku sebagaimana dirancangkan. Contoh - Jika anda berhasrat untuk mengeluarkan produk maka seboleh-bolehnya jangan dikeluarkan terus produk tersebut tetapi ambil dahulu produk sedia ada ( dikalangan usahawan lain yang anda yakin bagus serta di dalam kategori produk yang anda mahu keluarkan ) HUJAHNYA - ramai usahawan yang mengeluarkan produk tetapi akhirnya SAKIT atau TUTUP BISNES kerana tidak tahan dengan pelbagai kos yang perlu ditanggung, itu belum lagi mengambil kira kos untuk menjual produk tersebut seperti pemasaran, promosi dan sebagainya. Mereka juga keliru mahu memainkan peranan yang mana satu, sebagai PENGELUARkah atau sebagai PENJUAL ! ada yang tidak tahu mereka sebenarnya berada dalam 2 situasi kos yang berbeza ( kos sebagai pengeluar dan kos sebagai penjual / pemasar )

Cabaran lain dan yang paling kritikal di dalam menentukan hidup mati bisnes tersebut adalah " adakah produk itu berjaya di jual sebagaimana yang dijangkakan " .

Andai bermula sebagai penjual terlebih dahulu jika anda tidak berjaya KOSnya adalah lebih rendah berbanding jika anda bermula sebagai PENGELUAR.

Cuba BERTANYA dengan usahawan yang TERUS bermula sebagai PENGELUAR - belajar sesuatu dari mereka kemudian ubahsuai PLAN anda ...JANGAN PAKSA DIRI UNTUK MENEMPUH JALAN SUKAR WALAUPUN ANDA REDHO - semoga anda selamat dan maju jaya.
Picture
0 Comments

Tidak bertindak untuk membaiki masalah JUGA merupakan satu tindakan, dan PASTInya akan ada hasil untuk setiap tindakan.

9/2/2016

1 Comment

 
1 Comment

Latihan Praktikal Akaun Untuk Para Usahawan

29/1/2016

1 Comment

 
Picture
1 Comment

Ini Antara Masalah Dengan Sistem Akaun Sedia Ada Di Dalam Pasaran

8/11/2015

0 Comments

 
Picture
0 Comments

Tactical Accounting untuk orang JB 

8/5/2015

0 Comments

 
Picture
0 Comments
<<Previous

    Author

    Ddin adalah Designer Software  dRaccount - Actionable Accounting Solution .

    Archives

    May 2019
    January 2019
    December 2018
    November 2018
    February 2016
    January 2016
    November 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.