Sistem Buat Akaun - Semudah Isi Petak Kosong
Kaedah Paling MUDAH Mengurus
Akaun | Kewangan | Produktiviti
​Semudah Isi Petak Kosong
  • Kaedah SUPER Mudah Mengurus Kewangan
  • Video | Trial
  • Harga
  • Download & Install
  • Hubungi | Bantuan
  • Pengguna | Komen

Apa Beza Untung Kasar vs Untung Bersih

18/12/2018

0 Comments

 
​BEZA UNTUNG KASAR vs UNTUNG BERSIH
====================================
Untung kasar diperolehi apabila jualan di tolak kos jualan. Jualan yang lebih tinggi berbanding kos jualan akan menghasilkan untung kasar ( jika kos jualan lebih tinggi dari jualan pula, maka RUGI KASAR akan diperolehi )
Apakah maksudnya UNTUNG KASAR ini ?
Untung kasar yang diperolehi sebenarnya menunjukkan KECEKAPAN OPERASI perniagaan tersebut. Untung kasar yang tinggi biasanya di sebabkan oleh 2 keadaan ini
01- Jualan yang lebih tinggi - Dengan jualan yang lebih tinggi ini, ia menunjukkan pasukan jualan / bahagian jualan syarikat telah berfungsi dengan baik serta berkesan. Produk atau servis perniagaan mendapat permintaan / diterima dengan baik oleh pasaran / pelanggan. TAPI AWAS jangan mudah tertipu jika jualan yang tinggi HANYA disebabkan oleh HARGA jualan yang ditinggikan sedangkan UNIT jualan masih sama atau menurun.
02- KOS JUALAN RENDAH. Untung kasar lebih tinggi jika kos jualan khususnya Kos Langsung & Kos Tidak Langsung berjaya dikawal dan direndahkan. Dengan kos yang lebih rendah bermakna kadar untung kasar boleh meningkat kalaupun harga jualan masih sama.
Apa maksud UNTUNG BERSIH ?
Untung bersih diperolehi apabila Untung Kasar di tolak EXPENSES ( Perbelanjaan )
Untung bersih yang tinggi menunjukkan KECEKAPAN PENGURUSAN telah berlaku di dalam perniagaan.
Bagaimana kos expenses berjaya dikawal serta diuruskan memberi kesan kepada jumlah keseluruhan expenses. Kos expenses ini tidak berkadar langsung dengan tahap pengeluaran / penghasilan. Sebagai contoh kos gaji staf, sewa kedai / pejabat, utiliti dan sebagainya tidak bergantung kepada JUALAN . samada jualan naik atau turun kos expenses ini tetap sama ( Contohnya - sewa kedai / kilang RM3000 sebulan tetap tidak berubah walau jualan pada bulan tersebut hanya RM1 ).
Jika kita tahu apakah kos-kos di dalam expenses ini yang menyumbang % paling tinggi, kita tahu bagaimana mengawalnya, kita kreatif di dalam perbelanjaan, kita bijak menyusun atur TIMING atau nilai setiap expenses, ini memberi petunjuk jelas bahawa kita memang CEKAP MENGURUS perniagaan, BUKTINYA kos expenses kita rendah dan berada di dalam kawalan ( Under control ). Kesan akhirnya untung bersih perniagaan adalah tinggi.
MODEL BISNES ? 
Dengan untung bersih yang lebih tinggi ia juga boleh memberi maksud bahawa model bisnes yang kita buat / pilih adalah baik serta betul.
SOALANNYA ??
Bagaimana anda tahu data serta fakta ini ( Untung Kasar - Untung Bersih - Kos Jualan - Kos Expenses ) jika anda TAK BUAT AKAUN @ tak kesah bab kewangan ??
BISNES YANG TAHAN LAMA - Rahsianya ialah MENGURUS KEWANGAN ! Adakah kita mahu bisnes kita Tahan Lama ???
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Ddin adalah Designer Software  dRaccount - Actionable Accounting Solution .

    Archives

    May 2019
    January 2019
    December 2018
    November 2018
    February 2016
    January 2016
    November 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.