Sistem Buat Akaun - Semudah Isi Petak Kosong
Sistem Buat Akaun 
​​Semudah Isi Petak Kosong
  • Semudah Isi Petak Kosong
  • Video | Trial
  • Harga
  • Download & Install
  • Hubungi | Bantuan
  • Pengguna | Komen

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

23/3/2015

0 Comments

 


Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN  ini.

Prinsip #1: Beli secara tunai.

Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.

Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.

Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.

Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.

Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah

Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…

Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…


0 Comments

Inilah 3 Kesilapan Kami Yang Menyebabkan Cash Flow Syarikat Tercekik ! 

20/3/2015

0 Comments

 
Picture
Syarikat  A adalah sebuah syarikat yang menjual pelbagai alatan telekomunikasi pengguna serta aksesorinya. Sudah bertahun-tahun beroperasi, bermula dari menyewa tapak kecil didalam sebuah kedai komputer di pusat membeli belah alatan komunikasi dalam sebuah bandaraya terkenal. 

Syarikat semakin berkembang maju sehingga berjaya mengambil alih kedai komputer tersebut untuk dijadikan kedai alatan telekomunikasi sepenuhnya dengan kadar sewa yang menghampiri 5 angka sebulan.

Jualan meningkat dari masa ke semasa sehingga mencecah jutaan ringgit setiap tahun. Syarikat juga dijalankan secara perkongsian dengan rakan kongsi baru yang masuk dengan modal tambahan.

Namun begitu pemilik senior merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat semakin syarikat berkembang semakin kurang wang tunai yang tinggal. Dari catatan harian serta report bulanan yang disediakan oleh kerani akaun keuntungan menunjukkan angka yang baik, tetapi ada kala pemilik syarikat terpaksa " Top Up " modal tambahan untuk membantu syarikat yang mengecut Cash Flownya.

dRaccount pada mulanya menawarkan sistem akaun sebagai satu cara menjejak Cash flow serta sebagai alat mengurus kewangan perniagaan syarikat A tersebut. Namun sambutan agak  dingin pemilik syarikat ke atas tawaran awal tersebut kerana merasakan mereka telah merekod serta ada semua data-data yang diperlukan dan ia diuruskan oleh kakitangan yang khusus dalam urusan akaun dan kewangan.

dRaccount masih berkomunikasi selepas itu walaupun tiada sebarang kaitan atau urusan perniagaan dengan pihak syarikat A. Selepas beberapa lama pemilik syarikat A mengundang pihak dRaccount untuk memberi pandangan serta komen ke atas apa yang mereka praktikkan selama ini.

Dalam masa yang singkat serta ruang yang ada , dRaccount membuat sedikit rujukan serta '"Scanning"  ke atas akaun dan kesihatan kewangan syarikat. Rumusan awal yang diperolehi adalah, walaupun semua data disimpan dan direkodkan namun ia tidak boleh diyakini atau dipercayai sepenuhnya kerana pihak syarikat tiada alat atau tools atau Software yang boleh mengesahkan realiti sebenar perniagaan mereka.

Praktik semasa mereka hanyalah merekod segala transaksi yang berlaku secara manual, tiada perhubungan atau perkaitan diantara data-data yang ada serta tiada kesimpulan tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. 

Dipendekkan cerita pihak syarikat bersetuju untuk membenarkan dRaccount masuk membantu. Pihak dRaccount telah memulakan rawatan dengan memfokus amalan-amalan harian syarikat selama ini.

Dari amalan-amalan harian ini telah ditemui beberapa amalan yang tidak sepatutnya berlaku. Merekod data semata-mata tanpa memprosesnya telah menyebabkan kesalahan-kesalahan mudah telah berlaku. Sebagai contoh tiada amalan " Double Check " untuk memastikan pengiraan adalah betul dan tepat, jenis akaun serta catatan yang tepat tidak dapat dipastikan.

Perkara paling mengejutkan sekali adalah penemuan cara pengiraan pembahagian keuntungan yang salah dikalangan rakan kongsi. Apa yang berlaku adalah pembahagian yang berat sebelah. Formula keuntungan telah disalah praktik selain mereka tidak jelas apa yang harus di tanggung serta apa yang sepatutnya dikongsikan.

Bayaran komisyen kepada para jurujual juga tidak tepat akibat cara rekod serta praktik pembahagian yang tidak betul. Pratik selama ini adalah salah dan ia memberi kesan menanggung kos yang tinggi dipihak syarikat. Pihak jurujual mendapat lebih dari apa yang sepatutnya.

Bayaran komisyen juga sangat tinggi kepada jurujual berbanding kemampuan atau keuntungan sebenar syarikat. Selama ini syarikat membayar komisyen lebih tinggi dari nilai margin kasar mereka sendiri. Ternyata keadaan ini berlaku disebabkan formular yang tidak tepat , syarikat juga tidak tahu berapakah margin keuntungan mereka yang sebenar.

Alhamdulillah dengan sistem dRaccount serta program bedah siasat yang dijalankan, kelemahan serta kesalahan tersebut dapat dikesan serta dibuat pembetulan.

Syarikat kini sedar dan tahu jawapan kepada masalah kewangan mereka yang semakin mengecut sebelum ini. Jualan yang tinggi serta untung yang tinggi belum tentu membolehkan sesebuah syarikat ada aliran tunai yang positif, apatah lagi jika amalan dan formula yang salah selama ini telah menyebabkan syarikat menanggung kos yang tidak sepatutnya ia tanggung.  

InsyaAllah kita akan bawakan kisah-kisah REALITI yang lain pula selepas ini. 





0 Comments

March 17th, 2015

18/3/2015

0 Comments

 
Picture
0 Comments

March 17th, 2015

18/3/2015

0 Comments

 
Picture
0 Comments

7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun

18/3/2015

1 Comment

 
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.

Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.

Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.

Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.

Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.


Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Nota Jutawan Nota Kewangan Irfan Khairi

Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.

Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…

Kredit untuk tuan,
Zulkifli

11 Julai 2011 | 10 Sya’ban 1432

1 Comment

March 17th, 2015

18/3/2015

1 Comment

 
Dalam ruangan ini pihak dRaccount cuba untuk berkongsi pengalaman sebenar dikalangan pelanggan dRaccount dalam menguruskan akaun serta kewangan perniagaan masing-masing. Nama pengguna serta nama syarikat tidak didedahkan kerana ia mungkin menyentuh sensitiviti masa lalu mereka sebelum kenal dengan dRaccount.

Tujuannya hanya satu iaitu untuk berkongsi pengalaman yang mereka lalui supaya kita yang membaca dapat belajar sesuatu serta jadikan ia sebagai panduan dan sempadan dalam urusan perniagaan kita pula.

1 Comment

    Author

    Ddin adalah Designer Software  dRaccount - Actionable Accounting Solution .

    Archives

    May 2019
    January 2019
    December 2018
    November 2018
    February 2016
    January 2016
    November 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.