![Picture](/uploads/4/5/1/5/4515800/3241121_orig.jpg)
Syarikat A adalah sebuah syarikat yang menjual pelbagai alatan telekomunikasi pengguna serta aksesorinya. Sudah bertahun-tahun beroperasi, bermula dari menyewa tapak kecil didalam sebuah kedai komputer di pusat membeli belah alatan komunikasi dalam sebuah bandaraya terkenal.
Syarikat semakin berkembang maju sehingga berjaya mengambil alih kedai komputer tersebut untuk dijadikan kedai alatan telekomunikasi sepenuhnya dengan kadar sewa yang menghampiri 5 angka sebulan.
Jualan meningkat dari masa ke semasa sehingga mencecah jutaan ringgit setiap tahun. Syarikat juga dijalankan secara perkongsian dengan rakan kongsi baru yang masuk dengan modal tambahan.
Namun begitu pemilik senior merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat semakin syarikat berkembang semakin kurang wang tunai yang tinggal. Dari catatan harian serta report bulanan yang disediakan oleh kerani akaun keuntungan menunjukkan angka yang baik, tetapi ada kala pemilik syarikat terpaksa " Top Up " modal tambahan untuk membantu syarikat yang mengecut Cash Flownya.
dRaccount pada mulanya menawarkan sistem akaun sebagai satu cara menjejak Cash flow serta sebagai alat mengurus kewangan perniagaan syarikat A tersebut. Namun sambutan agak dingin pemilik syarikat ke atas tawaran awal tersebut kerana merasakan mereka telah merekod serta ada semua data-data yang diperlukan dan ia diuruskan oleh kakitangan yang khusus dalam urusan akaun dan kewangan.
dRaccount masih berkomunikasi selepas itu walaupun tiada sebarang kaitan atau urusan perniagaan dengan pihak syarikat A. Selepas beberapa lama pemilik syarikat A mengundang pihak dRaccount untuk memberi pandangan serta komen ke atas apa yang mereka praktikkan selama ini.
Dalam masa yang singkat serta ruang yang ada , dRaccount membuat sedikit rujukan serta '"Scanning" ke atas akaun dan kesihatan kewangan syarikat. Rumusan awal yang diperolehi adalah, walaupun semua data disimpan dan direkodkan namun ia tidak boleh diyakini atau dipercayai sepenuhnya kerana pihak syarikat tiada alat atau tools atau Software yang boleh mengesahkan realiti sebenar perniagaan mereka.
Praktik semasa mereka hanyalah merekod segala transaksi yang berlaku secara manual, tiada perhubungan atau perkaitan diantara data-data yang ada serta tiada kesimpulan tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku.
Dipendekkan cerita pihak syarikat bersetuju untuk membenarkan dRaccount masuk membantu. Pihak dRaccount telah memulakan rawatan dengan memfokus amalan-amalan harian syarikat selama ini.
Dari amalan-amalan harian ini telah ditemui beberapa amalan yang tidak sepatutnya berlaku. Merekod data semata-mata tanpa memprosesnya telah menyebabkan kesalahan-kesalahan mudah telah berlaku. Sebagai contoh tiada amalan " Double Check " untuk memastikan pengiraan adalah betul dan tepat, jenis akaun serta catatan yang tepat tidak dapat dipastikan.
Perkara paling mengejutkan sekali adalah penemuan cara pengiraan pembahagian keuntungan yang salah dikalangan rakan kongsi. Apa yang berlaku adalah pembahagian yang berat sebelah. Formula keuntungan telah disalah praktik selain mereka tidak jelas apa yang harus di tanggung serta apa yang sepatutnya dikongsikan.
Bayaran komisyen kepada para jurujual juga tidak tepat akibat cara rekod serta praktik pembahagian yang tidak betul. Pratik selama ini adalah salah dan ia memberi kesan menanggung kos yang tinggi dipihak syarikat. Pihak jurujual mendapat lebih dari apa yang sepatutnya.
Bayaran komisyen juga sangat tinggi kepada jurujual berbanding kemampuan atau keuntungan sebenar syarikat. Selama ini syarikat membayar komisyen lebih tinggi dari nilai margin kasar mereka sendiri. Ternyata keadaan ini berlaku disebabkan formular yang tidak tepat , syarikat juga tidak tahu berapakah margin keuntungan mereka yang sebenar.
Alhamdulillah dengan sistem dRaccount serta program bedah siasat yang dijalankan, kelemahan serta kesalahan tersebut dapat dikesan serta dibuat pembetulan.
Syarikat kini sedar dan tahu jawapan kepada masalah kewangan mereka yang semakin mengecut sebelum ini. Jualan yang tinggi serta untung yang tinggi belum tentu membolehkan sesebuah syarikat ada aliran tunai yang positif, apatah lagi jika amalan dan formula yang salah selama ini telah menyebabkan syarikat menanggung kos yang tidak sepatutnya ia tanggung.
InsyaAllah kita akan bawakan kisah-kisah REALITI yang lain pula selepas ini.