Sistem Buat Akaun - Semudah Isi Petak Kosong
Sistem Buat Akaun 
​​Semudah Isi Petak Kosong
  • Semudah Isi Petak Kosong
  • Video | Trial
  • Harga
  • Download & Install
  • Hubungi | Bantuan
  • Pengguna | Komen

PROFIT IS NOT CASH

29/11/2018

0 Comments

 
PROFIT IS NOT CASH 
==================
Untung BUKAN bermaksud tunai, ia membawa erti apabila bisnes kita mendapat untung ( sebagaimana dimaklumkan oleh juru akaun / akauntan - setahun sekali tuh - kalau buat akaunlah ) kita semestinya seronok kan !
Namun untung yang ditunjukkan oleh akaun Untung Rugi tersebut tidak semestinya bersamaan dengan tunai, jangan hairan jika bisnes kita untung banyak TAPI DUIT SIKIT ! he...he kok kenaper eh ?
SEBAB Profit Is Not Cash. Boleh jadi bisnes untung disebabkan sales yang tinggi, logiknya apabila sales tinggi untung juga akan tinggi TAPI boleh jadi sales yang kita buat itu secara kredit ( secara hutang ) paling best hutang-hutang tersebut masih belum dibayar. Itulah antara sebab bisnes untung tinggi tapi duit TAK DER !
Macam mana kita boleh tahu akan perkara ini. First kenalah buat akaun, simpanlah data, rekodkan dan proses data tersebut.
TETAPI sekadar ada data tidak mencukupi, data tersebut perlu pula diproses barulah kita mendapat FAKTA. nak proses data inilah perlukan ALAT...isunya ialah alat yang mana satu. Tanpa alat amat sukar untuk memproses data.
Setakat buat Akaun Untung Rugi juga masih tidak mencukupi, kena buat juga CASH FLOW !. Alamak macam mana nak buat cash flow pula ! Senang jer gunakan alat, tak payah susah payah fikir macam mana nak buat cash flow tu. kalau tak nak guna alat pun boleh, buat sahaja secara manual ( insyaallah tak buat punya ).
Dari Cash Flow kita boleh tahu berapa duit sebenar yang kita berjaya hasilkan, tak adalah kita seronok sendiri melihat untung semata-mata. Dengan CASH inilah yang akan menentukan hidup mati bisnes. Kalau dah tahu sales tinggi, untung tinggi tapi duit tak der, nak kasi HUTANG lagikah ? Tentunya kita sudah boleh ambil tindakan seperti tuntut hutang, tak kasi hutang dah atau jual secara kredit dengan deposit jualan AT LEAST pada harga balik modal.
Kepada peniaga yang masih KETEGAQ tak mahu buat akaun / urus kewangan dengan cara proper anda tidaklah berdosa besar TETAPI tidak boleh TAHAN LAMA dalam bisnes ( Insyaallah bisnes anda akan mampu secara pelan-pelan lingkup )
JADI jika anda serius mahu berbisnes, berbisneslah dengan cara yang betul. Ramai usahawan yang menghadapi masalah kewangan bukan disebabkan oleh bisnes TAPI disebabkan oleh MASALAH MENGURUS KEWANGAN di dalam berbisnes. ( yang suffer sebab bisnes benar-benar tak OK pun ada juga - mungkin kena lihat balik Busines Model kot )
www.dRaccount.com 
0 Comments

MENGURUS KOS

11/11/2018

0 Comments

 
​MENGURUS KOS
==============
Untuk usahawan baru - Wajib diingat perancangan anda untuk bisnes tidak semestinya berlaku sebagaimana dirancangkan. Contoh - Jika anda berhasrat untuk mengeluarkan produk maka seboleh-bolehnya jangan dikeluarkan terus produk tersebut tetapi ambil dahulu produk sedia ada ( dikalangan usahawan lain yang anda yakin bagus serta di dalam kategori produk yang anda mahu keluarkan ) HUJAHNYA - ramai usahawan yang mengeluarkan produk tetapi akhirnya SAKIT atau TUTUP BISNES kerana tidak tahan dengan pelbagai kos yang perlu ditanggung, itu belum lagi mengambil kira kos untuk menjual produk tersebut seperti pemasaran, promosi dan sebagainya. Mereka juga keliru mahu memainkan peranan yang mana satu, sebagai PENGELUARkah atau sebagai PENJUAL ! ada yang tidak tahu mereka sebenarnya berada dalam 2 situasi kos yang berbeza ( kos sebagai pengeluar dan kos sebagai penjual / pemasar )

Cabaran lain dan yang paling kritikal di dalam menentukan hidup mati bisnes tersebut adalah " adakah produk itu berjaya di jual sebagaimana yang dijangkakan " .

Andai bermula sebagai penjual terlebih dahulu jika anda tidak berjaya KOSnya adalah lebih rendah berbanding jika anda bermula sebagai PENGELUAR.

Cuba BERTANYA dengan usahawan yang TERUS bermula sebagai PENGELUAR - belajar sesuatu dari mereka kemudian ubahsuai PLAN anda ...JANGAN PAKSA DIRI UNTUK MENEMPUH JALAN SUKAR WALAUPUN ANDA REDHO - semoga anda selamat dan maju jaya.
Picture
0 Comments

    Author

    Ddin adalah Designer Software  dRaccount - Actionable Accounting Solution .

    Archives

    May 2019
    January 2019
    December 2018
    November 2018
    February 2016
    January 2016
    November 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.