Sistem Buat Akaun - Semudah Isi Petak Kosong
Sistem Buat Akaun 
​​Semudah Isi Petak Kosong
  • Semudah Isi Petak Kosong
  • Video | Trial
  • Harga
  • Download & Install
  • Hubungi | Bantuan
  • Pengguna | Komen

MENGURUS KOS

11/11/2018

0 Comments

 
​MENGURUS KOS
==============
Untuk usahawan baru - Wajib diingat perancangan anda untuk bisnes tidak semestinya berlaku sebagaimana dirancangkan. Contoh - Jika anda berhasrat untuk mengeluarkan produk maka seboleh-bolehnya jangan dikeluarkan terus produk tersebut tetapi ambil dahulu produk sedia ada ( dikalangan usahawan lain yang anda yakin bagus serta di dalam kategori produk yang anda mahu keluarkan ) HUJAHNYA - ramai usahawan yang mengeluarkan produk tetapi akhirnya SAKIT atau TUTUP BISNES kerana tidak tahan dengan pelbagai kos yang perlu ditanggung, itu belum lagi mengambil kira kos untuk menjual produk tersebut seperti pemasaran, promosi dan sebagainya. Mereka juga keliru mahu memainkan peranan yang mana satu, sebagai PENGELUARkah atau sebagai PENJUAL ! ada yang tidak tahu mereka sebenarnya berada dalam 2 situasi kos yang berbeza ( kos sebagai pengeluar dan kos sebagai penjual / pemasar )

Cabaran lain dan yang paling kritikal di dalam menentukan hidup mati bisnes tersebut adalah " adakah produk itu berjaya di jual sebagaimana yang dijangkakan " .

Andai bermula sebagai penjual terlebih dahulu jika anda tidak berjaya KOSnya adalah lebih rendah berbanding jika anda bermula sebagai PENGELUAR.

Cuba BERTANYA dengan usahawan yang TERUS bermula sebagai PENGELUAR - belajar sesuatu dari mereka kemudian ubahsuai PLAN anda ...JANGAN PAKSA DIRI UNTUK MENEMPUH JALAN SUKAR WALAUPUN ANDA REDHO - semoga anda selamat dan maju jaya.
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Ddin adalah Designer Software  dRaccount - Actionable Accounting Solution .

    Archives

    May 2019
    January 2019
    December 2018
    November 2018
    February 2016
    January 2016
    November 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.