Sistem Buat Akaun - Semudah Isi Petak Kosong
Sistem Buat Akaun 
​​Semudah Isi Petak Kosong
  • Semudah Isi Petak Kosong
  • Video | Trial
  • Harga
  • Download & Install
  • Hubungi | Bantuan
  • Pengguna | Komen
     HARGA SISTEM dRaccount 2024 

    Boleh Pilih mahu yang  " MURAH atau ​JIMAT "

​
    MURAH - Sewa ( Bayar sewa setiap tahun ) ​ ​
    JIMAT - BELI  ( Bayar sekali sahaja, boleh guna seumur hidup )​
               

      Kadar sewa setahun mengikut pakej
​
      MICRO   -   RM365   Setahun
      SMALL   -   RM400   Setahun 
​      ​SME        -   RM450   Setahun
​

Picture
Kategori produk berserta ciri @ kelebihannya. Pilih pakej berdasarkan model serta keperluan bisnes anda

​

Picture
Bagi anda yang serius | sudah bersedia | mahu berjimat boleh terus telefon untuk dapatkan HARGA BELI yang paling JIMAT


​
​
Dengan 2 langkah mudah ini​ Sistem dRaccount akan menjadi milik anda  : 

01 - Tunaikan komitmen kewangan anda melalui Online Banking.
02 - Download dan install sistem dRaccount di page " Download & Install ".

Anda akan diberi Activation Code sebaik bayaran disahkan.
 



​CARA BAYARAN 
Hubungi 017- 472 8045



​

Picture
Pandai itu guna OTAK, Cerdik guna AKAL, Bijak adalah orang yang ambil ACTION !! Nampak ???........

Picture
dRaccount mahu bantu bisnes yang pentingkan BAB AKAUN & PENGURUSAN KEWANGAN + BERSEDIA + MAMPU * Cr Pn Ainon

 

6 Tips Memilih Sistem Akaun

Bagaimanakah memilih sistem perakaunan yang PALING sesuai untuk ANDA dan perniagaan anda? Terdapat pelbagai sistem perakaunan di pasaran, ada yang murah ada yang mahal ada yang ‘simple’ dan ada yang ‘complicated’. Fungsi utama sistem perakaunan adalah untuk merekodkan transaksi kewangan dan mendapatkan penyata kewangan. Jadi bagaimana untuk memilih sebuah sistem perakaunan yang sesuai dengan perniagaan kita.
​
Berikut 6 Tips yang boleh dipertimbangkan.

#1 – Kesesuaian Sistem Akaun VS keperluan @ kehendak
Adalah satu kewajipan buat akaun untuk sesebuah perniagaan. Pada zaman ini pula sudah tidak lagi pratikal buat akaun secara manual kerana ia agak susah, lambat, tidak efisien serta sukar untuk dapat laporan yang tepat. Buat akaun menggunapakai sistem adalah jawapan kepada masalah ini. Tetapkan sistem akaun yang bagaimana diperlukan @ dimahukan. Mulakan dengan buat survey, buat perbandingan yang adil dari pelbagai sudut khususnya kaedah yang digunapakai ( konvensional, kaedah khas,bukan konvensional), harga ( sekali bayar guna seumur hidup, sewaan, yuran penggunaan dsb ), latihan, support di sepanjang penggunaan dan sebagainya. Buat senarai pendek dan pilih sistem yang paling menepati keperluan @ kehendak yang telah ditetapkan tersebut.  
TETAPKAN keperluan @ kehendak - Buat survey & perbandingan - Short listed - Buat keputusan  

#2 – Bajet | Harga
​Pastikan anda sudah ada bajet. Cari sistem yang menepati bajet kita. Lebih banyak ciri khusus, output serta analisis yang sangat detail atau lagi canggih sistem perakaunan tersebut semestinya membabitkan harga yang lebih tinggi. Ada sistem perakaunan yang dijual secara sekali bayar (one-off) ada secara langganan (subscription). Untuk BERJIMAT anda pilih harga SEKALI BAYAR dan boleh guna seumur hidup. Jika pilih sistem dengan yuran bulanan @ tahunan IA NAMPAK MURAH !! -  tapi anda sebenarnya akan tanggung kos lebih tinggi dan tertakluk kepada mereka untuk selamanya @ selagi anda jadi penggunanya.
Pilih ikut BAJET @ kemampuan.

#3 –  Uji Cuba | Trial
​Sebolehnya cuba dapatkan versi percubaan @ TRIAL untuk sistem yang anda mahukan ( Pengeluar sistem sepatutnya memberikan kemudahan ini kepada bakal pengguna mereka ). Dengan mencuba anda boleh merasai sendiri pengalaman menggunapakai sistem tersebut. Dari pengalaman tersebut anda boleh tahu samada ia mudah digunakan, agak rigid, sangat detail dan sebagianya dan samada ia benar-benar sama sebagaimana di dakwa di dalam iklan / promosi pihak pemilik sistem.
CUBA DULU -  BARU BELI

#4 – Pengetahuan Perakaunan
Ini adalah suatu faktor yang amat penting dalam memilih suatu sistem perakaunan. Secanggih mana pun sistem perakaunan, jika kita tidak mempunyai pengetahuan perakaunan secukupnya, kita tidak akan dapat mengeluarkan laporan kewangan yang betul. Jika syarikat anda tidak mempunyai seorang akauntan, lebih baik fokus kepada sistem yang dapat membantu anda merekodkan transaksi sahaja. Rekod ini kemudiannya boleh diserahkan kepada akauntan untuk mengeluarkan laporan kewangan yang lengkap. 
Ini adalah isu sebelum - sebelum ini, sekarang sudah ada sistem yang lebih mudah - tidak perlu ada ilmu akaun pun boleh buat akaun + sangat Praktikal
PILIH sistem yang anda SENDIRI BOLEH BUAT serta gunakan

#5 – Khidmat pelanggan dan servis selepas jualan
Ini juga faktor penting. Pilihlah sistem perakaunan yang mempunyai khidmat pelanggan dan servis selepas jualan yang boleh dipercayai dan mudah dihubungi.
PILIH sistem yang ada support & mudah dihubungi

#6 – Bincang bersama akauntan anda
Jika syarikat anda mempunyai akauntan, atau anda mempunyai akauntan sebagai penasihat anda, bolehlah minta pandangan mereka tentang sistem apa yang sesuai dengan perniagaan anda.


Kesimpulan
Sistem perakaunan yang anda pilih mestilah bersesuaian dan dapat menyelesaikan keperluan perniagaan anda dan paling penting memudahkan urusan membuat Laporan Akaun / Kewangan . Sistem perakaunan yang terbaik sekalipun belum tentu berguna jika anda tidak tahu menggunapakainya, sebab itu sangat penting memilih Sistem Akaun yang mudah serta dapat menyiapkan Laporan Kewangan Perniagaan dalam waktu yang diperlukan.
​



​

Picture




























































































































































































































































































​





Powered by Create your own unique website with customizable templates.