Sistem Buat Akaun - Semudah Isi Petak Kosong
Sistem Buat Akaun 
​​Semudah Isi Petak Kosong
  • Semudah Isi Petak Kosong
  • Video | Trial
  • Harga
  • Download & Install
  • Hubungi | Bantuan
  • Pengguna | Komen

Masalah Kewangan

28/12/2018

1 Comment

 
​MASALAH KEWANGAN - Elakkan 2 Kesilapan Ini !
==================

Punca utama yang membawa kepada masalah kewangan adalah MASALAH DI DALAM MENGURUS KEWANGAN

Sama sahaja samada sebagai individu mahupun sebagai sebuah syarikat jika anda mengurus wang dengan cara yang salah, lama-kelamaan anda akan berhadapan dengan Masalah Kewangan.

01- Masalah kewangan TIDAK terjadi dengan tiba-tiba atau semalaman tapi ia berlaku akibat dari amalan-amalan yang sudah lama dilakukan secara berterusan, contohnya anda berbelanja tanpa merekod apa yang dibelanjakan, belanja pula tanpa mengira sumber duit yang dibelanjakan ( duit sendiri @ duit syarikat ), berbelanja kepada perkara yang bukan keutamaan khususnya untuk peribadi berbanding kepentingan untuk syarikat, BUKTINYA - ada anda peruntukkan bajet untuk meningkatkan kecekapan serta keberkesanan mengurus kewangan syarikat ?

Jika tidak ada sistem, ada anda upah juru akaun atau penasihat kewangan perniagaan untuk guide supaya anda serta bisnes tidak hanyut ?

02- Meletakkan keutamaan yang salah juga sangat membantu kepada munculnya masalah kewangan, contohnya apabila bisnes anda bagus anda BUKA cawangan baru dengan melabur kepada renovasi + dekorasi kedai yang cantik molek sedangkan tugas utama anda adalah sepatutnya mempromosikan kedai baru dengan efektif supaya anda tahu kesesuaian serta keupayaannya dahulu, jika ditakdirkan selepas 3 bulan bisnes tak OK dan terpaksa tutup kedai...BOLEH KE kos renovasi + dekorasi tu dituntut balik dari tuan kedai ?

Jika kita tidak mahu ada masalah kewangan, maka kita kenalah tahu teknik yang tepat serta betul mengurus kewangan, pasti ada kaedah atau alat yang memudahkan kita mengurus kewangan kan !

Nasihat PERCUMA dari - dRaccount.Com
1 Comment
Daryl Thomas link
6/10/2022 07:18:57 pm

Agent base process baby blood little particular. Only me develop else. Can reach it sure learn ball.
Child learn service team go structure attack. Resource culture floor try.

Reply



Leave a Reply.

    Author

    Ddin adalah Designer Software  dRaccount - Actionable Accounting Solution .

    Archives

    May 2019
    January 2019
    December 2018
    November 2018
    February 2016
    January 2016
    November 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.