MENGUKUR KECEKAPAN BISNES
*****************************************
Selain laporan untung atau rugi owner bisnes juga perlu tahu kecekapan bisnes.Apabila kita ada bab pengukuran KECEKAPAN barulah kita tahu prestasi sebenar bisnes kita serta sejauh mana kejayaan kita menguruskan bisnes, tidaklah nanti hanya syok sendiri sahaja dengan angka-angka yang tinggi menawan sedangkan angka semata-mata bukanlah ukuran utama, sebaliknya apakah maksud disebalik angka-angka tersebut.Untuk tahu maksud di sebalik angka kita mesti ada alat untuk mengukurnya.
Kecekapan Operasi
--------------------------
Ia mengukur sejauh mana kita berjaya membuat jualan serta membuat untung dari atas jualan tersebut. Lebih tinggi jualan manakala kos jualannya pula rendah bermaksud kita akan menghasilkan lebih banyak untung, lebih keuntungan menunjukkan kita lebih cekap, ya situasi ini sangat bagus, untung yang tinggi menunjukkan kita pandai serta cekap buat bisnes ( untung kasar tinggi = pandai buat duit ).
Kecekapan Pengurusan
--------------------------------
Pandai buat duit tidak semestinya kita cekap menguruskan bisnes. Ukuran ke 2 selepas pandai buat duit adalah mengukur kecekapan kita menguruskan bisnes. Jika kos menguruskan bisnes kita tinggi maka hasil untung kasar tadi akan mengecil. Hasil yang kecil ini menunjukkan kita belum pandai mengurus bisnes khususnya dari segi kos perbelanjaan bisnes. Sebaiknya @ sepatutnya kita boleh mengimbangi untung kasar vs untung bersih supaya perbezaannya tidak terlalu ketara ( imbalance ). Perbezaan yang ketara antara untung kasar vs untung bersih menunjukkan samada kita tidak peka ke atas perbelanjaan ( expenses ), tidak tahu item apakah yang menyebabkan expenses itu tinggi atau kita sebenarnya tidak tahu menahu langsung akan situasi tersebut ( boleh jadi sebab tak buat akaun, buat akaun setahun sekali @ buat tak kesah ) - yang mana satu ?
Kecekapan Tunai
-----------------------
Apabila kita cekap menguruskan operasi bisnes, pandai pula kita menguruskan bisnes maka untung bersih kita akan lebih tinggi, namun untung yang tinggi ini belum tentu membuatkan kita ada tunai yang tinggi juga. Boleh jadi untung kita tinggi sebab kita banyak menjual TAPI kita jual secara kredit. Ramai pula pembeli yang belum membayar belian mereka ( untung kita tinggi tapi duit belum dapat ) Boleh jadi juga kita ada tunai yang banyak TAPI ia bukan milik kita SEBAB ia milik pembekal ( kita beli secara hutang dan masih belum bayar lagi kepada pembekal )
SEMUA SITUASI ini wajib kita tahu supaya kita benar-benar menguasai serta sedang MENGAWAL bisnes kita, Bayangkan jika kita sedang memandu tapi steering kita tak pegang...siapakah yang sedang mengawal kereta kita ? agak-agak kemanakah kita dan kereta kita akan berakhir ?
SELAMAT MEMANDU, PANDULAH DENGAN CERMAT
GUNAKAN STEERING ( Ada steering ke tu ? )
Budayakan Pengurusan Kewangan Sihat - dRaccount